Bukan tempat melepak,membuang masa,mencarut tak tentu,melucah tanpa ragu-ragu dan lain-lain yang turut melanggar AUKU. Tapi,tempat berbincang,berdiskusi ilmu,berkongsi isu,berdebat dengan jitu dan seumpama yang di galakkan oleh U.


Archive for the ‘Teka-Teki’


Teka-teki #3

Ok. Dah lama rasanya kita tak berteka-tekikan. Ok. Kali ini, teka-teki berbentuk cendekia, maka diharap ia akan dapat memberi sedikit cabaran pada anda semua untuk menjawab.

Berapakah bilangan perkataan asal bahasa Melayu? Apakah perkataan tersebut?

Selamat menjawab. Hehe

Jawapan…

Ok. Nampaknya, ramai yang tak dapat meneka dengan tepat teka-teki#2 tempoh hari…

Jawapannya adalah penguin

Hehe…

Lihat. Tidak ada unsur lucah atau seangkatan dengannya bukan…

Teka-teki #2

Masuk yang ke-2 pula:

Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Ok. Siapa pintar, tolong jawab…

mari berteka-teki…

Sedikit pengenalan,teka-teki ialah soalan yang dikemukakan secara samar-samar dan rumit yang jawapannya harus diduga(meminjam dari Kamus DBP edisi ke-3).

Jadi,untuk teka-teki kali ini ialah :

Apakah persamaan di antara baju kalis peluru,tangga kecemasan, pengelap cermin hadapan dan mesin pencetak laser?

Agak rumit ke?Rasanya tidak kerana jawapannya sudah diberikan dan hanya mereka yang peka dan rajin membaca saja mungkin akan perasan jawapannya.Namun,jika anda merasakan ianya rumit,maka inilah teka-teki(lihat maksudnya semula).

Selamat mencuba ya. : )