Bukan tempat melepak,membuang masa,mencarut tak tentu,melucah tanpa ragu-ragu dan lain-lain yang turut melanggar AUKU. Tapi,tempat berbincang,berdiskusi ilmu,berkongsi isu,berdebat dengan jitu dan seumpama yang di galakkan oleh U.


Archive for the ‘Puisi’


Cuti CINTA…

Semalam aku jumpa doktor-bermuka-serius-yang-agak-lembut di sebuah klinik yang biasa-biasa aje sebab sakit yang mungkin biasa-biasa jugak. Dah lama tak ke klinik, maka aku seakan kekok dengan susasana di dalamnya. Bau ubat tak payah cakaplah. Menususk hidung aku ni. Nasib baik hidung aku tersumbat. Lepas dengar nama aku dipanggail, aku terus masuk ke bilik no 3. Segera punggung aku liar mencari kerusi dan terus melabuhkannya setelah terjumpa. Macam biasa, Dr. akan bertanya-tanya dulu macam sesi perkenalan atau taaruf. Kemudian barulah dia periksa apa-apa yang patut dengan segala kemahirannya sepanjang dia belajar ilmu perubatan. Tak sampai lima minit, dia dah berhenti periksa aku.

-Sakit apa saya Dr.

Dr. dengan suara kepit.

+Sakit biasa je ni. Jangan risau, awak akan ok nanti

-Em, sakit biasa ni sakit apa

+Sakit yang biasa orang lain kena la

-Apa dia

+Yang selalu kawan-kawan awak kena, mak awak kena, bapa awak kena, Tok Wan awak kena

Garu kepala.

-Apa di…..

Dr. macam dah bengang sebab aku banyak sangat tanya dan tak sempat aku nak habiskan ayat terakhir aku dan dengan suara garaunya,

+Awak nak pertikaikan saya sebagai Dr. ya. Tu, tengok kat dinding dalam bilik ni, berapa banyak sijil-sijil kedoktoran yang saya dah ambik. Berapa banyak Negara saya dah pergi dan awak masih tak percaya.

Tanpa sebarang jeda, Dr. menghabiskan ayatnya dengan satu nafas saja. Aku jadi tergamam sebentar bila melihat Dr.-sekejap-kepit-sekejap-garau ni tiba-tiba jadi sebegitu dan tak tahu berapa liter air liur aku dah telan sebab terkejut beruk. Aku pun tengoklah sekeliling aku dan memang betul, kat setiap penjuru dinding itu, pasti ada tergantung sijil-sijil yang menunjukkan dia adalah seorang Dr. US, UK, Ireland dan ada beberapa buah negara yang janggal namanya untuk aku sebut tertulis di setiap sijil-sijil yang dia miliki.

+Nanti balik ni, makan dan habiskan semua ubat yang saya bagi. Dan, yang penting, awak kena bercuti.

Kembali ke suara kepitnya.

-Cuti!!! (dengan nada girang)

+Cuti CINTA. Setahun awak tak boleh bercinta dengan mana-mana gadis di luar sana

-Kenapa? (murung balik)

+Panjang ceritanya. Tapi, kalau dipendekkan, awak mengalami depresi yang amat teruk setelah terdedah dengan terlalu lama radiasi kemurungan orang yang gagal bercinta dan ianya telah merebak sampai ke otak awak lalu boleh menyebabkan awak mengidap penyakit otak kapasiti rendah jika awak degil tak mahu dengar cakap saya yang dah lama belajar dalam ilmu kedoktoran ini.

Aku hanya angguk tanda buat-buat paham walaupun tak paham sebenarnya.

- Dah tu, nak berkawan pun tak boleh ke?

+Boleh, awak bebas nak berkawan dengan sesiapa, cuma pastikan saja hubungan kawan itu adalah hubungan platonik.

- Platonik?

+Contohnya macam ni, awak dan jururawat saya kat kaunter tu, kamceng sebab awak selalu datang sini dan jumpa dia masa nak ambik ubat. Tapi, awak tiada perasaan langsung kat dia walaupun dia sangat cantik. Paham.

+Tapi, kalau si perempuan yang tergila-gila kat saya camne. Takkan saya nak menolak macam tu je. Rugi la Dr.

-Jangan risau, saya akan beri awak MC mengatakan awak bercuti dan tunjukkan saja pada mana-mana perempuan yang ada hati pada awak. Dia akan segera faham dan akan segera melupakan niatnya untuk menyimpan rasa CINTA pada awak. MC ini dah mendapat ISO dan di perakui di setiap negara. Jadi, gadis luar negara yang bermata biru dan berhidung besar pun awak takkan berjaya dapat. (nada serius tapi masih kepit)

Aku hanya mampu menggeleng kepala tanda tak percaya nasib aku begini rupa.

-Kalau dengan lelaki boleh. Hehe(tersengih)

Mata Dr. terbeliak besar dan hampir-hampir dia terlompat dari kerusinya. Mungkin tak percaya ayat sebegitu boleh terpacul dari mulut aku, seorang lelaki alfa romeo sejati yang secara fizikalnya kelihatan normal dan sentiasa menjadi kegilaan ramai wanita di sana.

-Hehe. Gurau je. (tersengih)

Aku pantas keluar dan menunggu untuk mengambil ubat di kaunter. Jururawat di kaunter itu menunjukkan muka sedih seolah-olah bersimpati dengan nasib yang melanda aku. Dan, sebelum aku beredar, aku terdengar si jururawat berbisik perlahan pada telinga aku

* Lepas setahun jangan lupa datang cari I ya

Jururawat berkata dengan penuh manja sambil melirikkan matanya yang tajam dan menggoda itu. Aku hanya tersenyum mendengarnya berkata begitu. Perkara biasa bagi aku.

Aku membelek-belek MC yang diberi dan dengan terang tertulis ” Cuti dari CINTA. Tempoh : 1 tahun bermula dari 11/08/2008 hingga 10/08/2009. Terdapat tandatangan Dr. di bawah penjuru kanan MC tu. Juga ada logo ISO di atas kiri. Hmm, apa aku nak buat dalam tempoh setahun ni. Aku hanya menggaru-garu kepala yang tak gatal tu. Tiba-tiba, dibelakang MC itu, terdapat sebuah nota kecil bertulisan tangan cakar ayam berbunyi “PS, u really meant it ke ayat terakhir tadi? Kalau ya, call I ya” dan tertera no. hp di bawah akhir ayat itu. Siapa pula ni? Ahhh, aku teringat kembali adegan dalam bilik Dr. sebentar tadi. Sudah, rupa-rupanya Dr. tadi terkejut bukan sebab tak percaya aku ini tak normal, tapi sebab dia gersang. Aduhh. Gurau yang menjadi nyata. Itulah kau, celupar sangat mulut ni. Aku menepuk dahi tanda menyesal tak sudah.

Cuti CINTA setahun. Lama tempoh tu. Aku mengulang kembali ayat tadi.Hmmmm. Aku mengomel sorang-sorang sebelum berjalan berlalu menuju ke tempat aku parkir kereta. Dan di belakang kereta aku lebih kurang 100 meter dari situ, terpampang satu signboard warna pink.”KLINIK DOKTOR CINTA*”.

*Lelaki sahaja.

Patut pun. Baru aku paham.

Terus aku hidupkan kereta dan pandu laju macam F1 dan segera ke kedai mamak mencari ketenangan untuk setahun akan datang.

Peh, rugi itu hanya pada mereka yang kedekut untuk melabur RM15. Serius…

Sangat puas. Itu perasaan aku selepas menonton persembahan monolog Malam 7 Drama 7 Duri oleh kumpulan STEFANI di Stor Teater DBP. Terasa sangat berbaloi lima belas ringgit yang dikeluarkan dan memang aku tak kisah lagi selepas ini jika dikenakan bayaran yang lebih tinggi jika mutu persembahan adalah sebaik ini. Serius beb. Ok, berbalik tentang inti persembahan monolog ini. Sebanyak 7 monolog telah dipentaskan. Perlu juga aku ingatkan, aku bukanlah seorang penggiat teater yang layak untuk memberi komen tentang tetaer yang dipentaskan ini, cuma dari sudut penonton, aku merasakan aku layak untuk memberi sedikit pandangan peribadi. Andai tersilap, mungkin itu adalah kelemahan aku yang hanya memegang pangkat penonton, bukannya penggiat.

Yang pertama, cerita bertajuk Singa karya Baha Zain. Ceritanya mengenai si raja rimba, Singa yang mahu mencari pengganti buat dirinya. Maka, diberitahulah pada haiwan-haiwan lain ( Punai, Cacing, Buaya dan Kucing) akan hal ini. Berebutlah keempat-empat ekor haiwan itu mahu mencuba nasib untuk menggantikan Singa sebagai raja rimba. Malangnya, kesemuanya gagal dalam percubaan tersebut di mana setiap daripada mereka perlu melalui ujian yang akan diberikan oleh si raja rimba tersebut. Ujian berbentuk soalan, apakah kelebihan masing-masing yang menunjukkan mereka layak menggantikannya. Semuanya gagal. Punai terlalu jujur, Kucing mementingkan kebersihan, Buaya mementingkan kekuatannya dan Cacing pula dengan kegedikannya. Semuanya tidak menunjukkan ciri pemimpin yang sesuai. Maka, Singa memutuskan tiada siapa yang layak menggantikannya dan dia kembali berkuasa.

Cerita ke dua ialah, Nangislah Anak, karya Ashrin Azim atau lebih mesra dipanggil Chi. Skripnya baik, cuma pembawaan pelakonnya mungkin kurang baik. Tak tahu mengapa, pada permulaan aku rasa pelakon tidak dapat menghayati lakonannya dengan baik, cuma setelah sampai ke pertengahan cerita, barulah dapat dilihat keyakinannya membawakan watak Ja hingga ke akhir cerita. Mengisahkan, Ja, seorang wanita yang berkahwin muda ketika umurnya baru 19 tahun dengan seorang soldadu dan mempunyai dua orang anak. Konfliknya ialah, Ja telah ditinggalkan suaminya yang pergi bertugas jauh. Dek ketakutan kerana tinggal berseorangan, perasaannya menjadi kacau. Ditambah dengan perangai anak-anaknya yang suka menangis membuatkan ibu muda ini jadi lebih tak keruan yang akhirnya mungkin aku rasa dia sendiri telah membunuh anak-anaknya dan menjadi gila.

Ketiga, si tukang sapu. Cerita yang banyak menggunakan sindiran sinis disamping terdapat lelucon yang tidak henti mengusik penonton untuk bergelak tawa. Mengisahkan si tukang sapu yang kuat berangan untuk menjadi seorang penyanyi terkenal.

Monolog ke empat bertajuk Pukul Jangan Tak pukul di lakonkan oleh Jihan atau Yan. Cerita paling aku suka kerana keberkesanan pelakonnya. Hmm, Yan. Bagaimana ketika dia berlakon, begitulah dia di luar. Memang seorang yang kelakar, sempoi dan selamba. Tak kering gusi aku dibuatnya. Mengisahkan seorang perempuan yang memegang pada prinsip, ‘kalau tak pukul akan dipukul’. Dalam cerita ini juga ada menyentuh tentang isu gender seperti persepsi bahawa perempuan itu lemah dan mudah di perdayakan manakala kaum adam sebaliknya. Juga, ada menyebut tentang isu keselamatan di Malaysia yang kian membimbangkan ekoran terjadinya kes-kes yang berbahaya seperti kes penculikan Sharlinie. Juga, paling menarik, dengan sinis cerita ini ada juga menyentuh isu angkasawan yang hanya berada di angkasa selama 10 hari berbanding dengan angkasawan wanita Rusia yang berada selama 6 bulan. Ulang: 6 bulan. Memang cerita ini banyak mengangkat martabat wanita yang sering dipandang sebelah mata oleh orang lain.

Persembahan seterusnya, ayam sabung. Ok. Lakonan si mamat ni memang mantap aku rasa. Tak perlu aku pertikaikan lagi. Kisah mengenai seorang jaguh kampung yang handal dalam bertarung hingga namanya dikenali di kampung-kampung lain. Namun, sehebat-hebat dia, tetap tidak boleh melawan kuasa Pencipta yang maha berkuasa di mana dia tiba-tiba manjadi lumpuh. Selepas lumpuh, barulah boleh dilihat, siapakah kawan sebenar. Kerana, semakin hari, semakin kurang orang yang mahu membantunya. Kalau dulu, sewaktu dia adalah jaguh, ramai yang mahu mendampingi atau meminta pertolongannya, tapi selepas lumpuh, sebaliknya berlaku. Mujur, isterinya tetap setia dengan dia dan aku rasa dia sangat beruntung memiliki isteri sebegitu yang kebetulan adalah cantik kerana menjadi rebutan ramai hatta selepas berkahwin pun.

Kemudian, persembahan yang aku nantikan. Daripada Fauziah Nawi sendiri bertajuk hutang. Wah, teruja sungguh aku lihat dia berlakon. Memang professional dan meletup la kalau bahasa hariannya. Tu aku cakap tak rugi aku bayar RM15 tu. Cerita hutang ini pula, memang banyak isinya. Tentang manusia mutakhir ini yang suka sangat berhutang. Hutang bukan saja dalam bentuk duit, tapi boleh jadi bentuk lain. Hutang budi, hutang kita menggunjing dan lain-lain lagi.

Pementasan terakhir ini, bertajuk Maafkan. Rasanya, bersesuaian dengan nama tajuknya, kita diseru untuk selalu memaafkan orang lain. Betul. Memang tak rugi pun kita selalu memaafkan orang lain kerana itu juga yang dianjurkan Islam. Malah, selalu juga kedengaran ayat ini, ’sedangkan Nabi pun boleh maafkan umatnya’. Mungkin sesuai untuk suasana politik sekarang yang sangat gawat dengan pergaduhan. Yang ruginya Melayu juga. Maka, bukankah lebih baik jika mereka bermaafan sesama mereka dan mencari jalan penyelesaian bersama.

Setakat itu saja ulasan dari aku. Tak sabar mahu menunggu pementasan seterusnya dari kumpulan ini. Peh, memang rugilah pada mereka yang kedekut sangat nak keluarkan RM15 tu. Serius.

Gelas kehidupan

Gelas kosong, berwajah muram

Debu-debu peneman setia

Jadi perhiasan di balik cermin

Jarang diisi dengan kehidupan ceria

Resolusi Baru

Januari telah kembali

Ibarat sebuah roda, kita pasti

bertemu lagi

Seperti proses kejadian manusia sendiri

Muda ke tua/Remaja ke dewasa

Januari kembali membawa kerencaman

Azam itu sudah pasti

Aku tidak terkecuali

Seperti tahun-tahun terdahulu

Tiada yang berubah

Tidak juga berkurang

Bahkan ditambah-tambah dengan sukanya

Dan, azam aku hanya retorik semata

Tiada sahutan selepas itu

Julai menyapa tampangku

Aku tersedar dari lamunan yang aku cipta sejak Januari

Dia bertanya- Kau sudah baru. Tidak mahu azam baru-

Tidak. Aku mahu yang lain.

Aku tahu.

Apa dia

-Resolusi Baru-

Jalan-jalan ke Utara…

1.

Malam nan hening itu,

Dia berasa sungguh gundah, gusar,

Di sekelilingnya adalah orang-orang yang asing,

Cakap-cakap orang juga,

Perjalanan malam itu sangat jauh

2.

Malam itu dia juga berasa bimbang, risau,

Perjalanan malam sudah menjengah siang,

Sudah banyak daerah dicerobohi,

Namun, tapak bayang tempat itu masih kabur

3.

Kini,

Di kala siang yang riang ini,

Dia mula serasi,

Dengan rakan juga pengiring,

Rasa, bersilih ganti menjadi gembira

4.

Siang ini dia sudah riang,

Sudah tiba di destinasi di Utara,

Alma mater ini sungguh gah,

Kaya dengan pemandangan indah,

Benar kata taulannya,

“Jauh perjalanan, luas pemandangan”

(di UUM untuk kursus MC MAKUM)