Heanse #1
???
Aku berasa pelik dan hairan kebelakangan ini, jiwa jadi kacau, sukma jadi bilau. Mimpi yang misteri mendatangi aku. Seolah-olah tiada penghujungnya…
Perkataan misteri ini. Siapakah gerangannya? Apakah makna tersiratnya? Itu semua masih jadi tanda tanya buat aku. Kalian pasti berkeinginan untuk mengetahui mengapa perkataan ini sebegitu pelik rupa dan bunyinya? Hmm, itu satu misteri yang cuba aku rungkaikan. Nak kata ia adalah perkataan Inggeris, bukan, sebab aku dah cari maknaya dalam Kamus dan ia tidak membawa apa-apa maksud. Bahasa lain aku tak tau pula. Ada sesiapa yang tahu bahasa lain, boleh tolong aku terjemahkan maksud perkataan ini? Sementara nak menunggu kalian mancari , ingin dan suka sekali campur dengan bangga sikit untuk aku nyatakan yang aku percaya dan berpegang pada kata orang bahawasanya, orang Melayu ini memiliki daya kreativiti yang hebat. Sebab itu, orang Melayu memiliki daya kelangsungan hidup yang tinggi. Jadi, sengaja aku mahu menguji kreativiti anak Melayu lain selain aku untuk sama-sama kita merungkaikan apa yang sedang menimpa aku ini.Hehe…
Bukan apa. Aku semacam tak paham. Yang dimimpi pula tak jelas. Kabur-kabur. Itu yang buat aku kehairanan. Adakah itu satu petunjuk atau mainan syaitan semata-mata…
Dalam mimpi itu, aku berjalan-jalan keseorangan melalui sebuah lorong. Lorong itu sangat misteri. Kosong tiada berpenghuni. Tiada sesiapa pun. Kecuali satu sahaja. Hanya papan tanda di hujung lorong yang misteri ini. Aku segera berlari-lari anak menuju ke papan tanda itu.
Mana tahu mungkin ada jawapan di sebalik kemisterian ini. Setibanya aku di depan papan tanda itu, aku amatinya dengan teliti. Setiap sudut, inci papan tanda itu aku uliti. Yang aku jumpa hanyalah satu perkataan. H.E.A.N.S.E… Heanse!!! Apa maksudnya? Persoalan pelik itu mula menghantui aku. Belum sempat aku mencari jawapan itu, KRIIIIIIIIIIIIING!! Bunyi jam loceng Taduk berbunyi menjagakan aku dari lamunan mimpi. Aku beristighfar panjang. Puas aku merenung dan cuba mengingati kembali makna tersirat di sebalik mimpi aku tadi. Tapi, hampa. Tiada jawapan yang aku perolehi…
Hmmmmmm..
* Ni rasa nak pergi jumpa dan tanya sendiri pada Si Penilik Mimpi tentang mimpi misteri melanda aku ini. Siapa pandai menafsir mimpi, boleh tolong aku…
