Bukan tempat melepak,membuang masa,mencarut tak tentu,melucah tanpa ragu-ragu dan lain-lain yang turut melanggar AUKU. Tapi,tempat berbincang,berdiskusi ilmu,berkongsi isu,berdebat dengan jitu dan seumpama yang di galakkan oleh U.


Mengapa Greenlake?

Mengapa Greenlake?

Mengapa hijau,bukan biru,kuning,merah atau pink?

Mengapa diciptakan blog ini?

Mengapa,kenapa dan why?

Asal timbulnya idea untuk mengambil nama Greenlake sebagai tajuk utama blog ini bukanlah kerana aku ni pencinta tasik,jauh sekali pencinta alam sekitar dan juga bukan lah penyokong NGO2 berkaitan tasik di Malaysia@Bolehland.

Juga,hijau tasik ini,tetapi bukan biru,kuning,merah atau pink yang menjadi pilihan, adalah tiada kaitan dengan mana-mana parti politik yang berdaftar@tidak berdaftar di Malaysia@Bolehland ini.Sekali lagi diingatkan,Greenlake adalah bebas daripada mana-mana parti atau pertubuhan atau jabatan atau kelab atau badan samaada berkanun atau tidak atau juga daripada mana-mana individu-individu tertentu.

Sebenarnya,sejarah Greenlake ini amat luas.Jika taip nama ini di wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Green_Lake_(Seattle) akan tertera sejarah asal tasik ini.Tetapi, bukan itu sejarahnya kerana aku pun tidak pernah kesana.

Ianya adalah mengenai kisah sekumpulan kawan rapat suatu ketika dahulu pada pertengahan tahun 2005,ketika masih menuntut di institut yang agak tersohor di Malaysia@Bolehland ini iaitu,Matrikulasi.Adalah kumpulan ini seramai 7 orang merupakan kawan baik kerana semuanya selalu turun bermain bola sepak bersama-sama dan oleh kerana rapatnya mereka ini sehinggakan banyak perkara lain juga turut dilakukan bersama-sama.Tidaklah termasuk mandi atau tidur atau seumpama yang terlarang kerana semua 7 orang ini adalah masih lelaki normal.

Asal usul Greenlake ini juga mempunyai kaitan yang rapat dengan bola sepak kerana boleh dikatakan semua kawan ini suka bermain bola sepak di waktu petang ketika sudah habis kelas.Hinggakan ketika hujan pun mereka masih turun bermain.Begitulah setianya mereka terhadap sukan nombor 1 Bolehland ini.Masing-masing juga sudah mempunyai peranan dan posisi masing-masing dari goalkeeper,bek,centre dan juga striker.

Namun,sebelum mereka dapat bermain sukan no 1 ini,selalunya mereka terpaksa menunggu kehadiran seorang yang penting,iaitu pensyarah yang sudah aku lupa namanya itu yang tugasnya adalah membawa bola kerana walaupun 7 sekawan ini minat bermain bola sepak,mereka ketika itu masih belum memiliki bola sendiri.Mahu atau tidak terpaksalah menunggu kehadiran orang penting ini.Adalah tempat menunggu mereka adalah di belakang masjid yang di belakangnya terdapat takungan air besar yang seakan-akan tasik namun sebenarnya bukanlah tasik tetapi dipanggil tasik oleh kami 7 sekawan.Memang disitulah tempat setia kami berlepak dan bersosial sambil menunggu kedatangan bola dan tasik itu juga amat popular dikalangan pelajar terutamanya gadis-gadis yang suka benar duduk lepak disitu dan memberi peluang kepada kami menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Oleh kerana merasa takjub dengan pemandangan di tasik itu,maka timbullah idea 7 sekawan ini untuk memberi nama seperti bayi-bayi yang baru lahir mendapat nama.Maka,disitulah timbulnya nama Greenlake kerana Hijaunya pemandangan disitu dengan pokok-pokok,rumput-rumput dan juga si gadis-gadis.

Maka dari situ akhirnya terhasillah sebuah nama yang sebenarnya menjadi nostalgia buat diriku dan juga 6 kawanku yang lain itu.Nama itu jugalah menjadi pilihan untuk dinaikkan sebagai nama team bola sepak kami dan sebab nama itu jugalah team bola kami berjaya sampai ke peringkat suku akhir kejohanan futsal terbuka ketika itu.Dan kerana nama itu jugalah akhirnya,lahir lah blog GREENLAKE ini.Sekian.

* Ingatan tulus ikhlas buat rakan-rakan Greenlake yang sudah lama tidak bersua.Segala kenangan tetap diabadikan dalam memoriku.

** Terima kasih kawan.(Aidil,Ompel,Dol,Khairul,Nazri,Kausar)