Sudah-sudahlah tu…
Aku memang tak berapa suka jika ada perkelahian di depan mata aku. Lebih-lebih lagi bila melibatkan mereka yang serona kulitnya dengan aku. Arghhhh! Cukuplah biarkan saja orang-orang tua kat luar sana (baca : politik) bergaduh sesama mereka. Kita yang masih muda tak perlulah nak bergaduh. Aku tahu, bila sebut orang muda, automatik darah mudanya masih panas. Ego masing-masing melangit tinggi. Rasa diri ini paling hebat, paling bagus di jagat ini. Sudah-sudahlah.
Daripada kita bergaduh dan kemudian berpecah, itu sangat merugikan. Biarkan saja mereka-mereka yang berpegang pada panji masing-masing kat luar sana berpecah. Kononnya masing-masing memperjuangkan kebenaran sampaikan Melayu boleh berpecah belah. Tak perlu, kita mahasiswa atau sekarang dah tukar pelajar nak ikut jejak mereka. Biarkan saja mereka berkelahi sesama mereka. Mereka dah tak lama. 10, 15 tahun semua dah meninggalkan dunia ini. Kita pula nak menggantikan mereka. Tapi, kalau sekarang dah berpecah, macam mana mahu manjadi kuat. Bagaimana Melayu mahu maju. Jadi, sudah-sudahlah berkelahi. Aku sangat ralat jika hal yang kecil boleh dibesar-besarkan sampai mahu berkelahi.