Bukan tempat melepak,membuang masa,mencarut tak tentu,melucah tanpa ragu-ragu dan lain-lain yang turut melanggar AUKU. Tapi,tempat berbincang,berdiskusi ilmu,berkongsi isu,berdebat dengan jitu dan seumpama yang di galakkan oleh U.


Archive for April, 2008


Mahalnya nilai sebutir permata itu…

Ok. Para pembaca budiman sekalian. Hari ini adalah 28hb April 2008 Masihi bersamaan hari Isnin. Hari ini juga adalah bersamaan dengan hari di mana aku telah menawarkan diri aku untuk menjadi seorang sukarelawan. Sukarela untuk menolong bagi melicinkan lagi sukan Paralimpik yang akan berlangsung dari 3hb hingga 9hb Mei nanti. Hari ini adalah hari pertama untuk sesi taklimat atau latihan sebelum aku boleh bergelar secara sah seorang sukarelawan Paralimpik…

Minat? Ya juga. Duit? Pun salah satu sebab aku tertarik. Tapi yang penting, pengalaman yang boleh diibaratkan seperti sebutir permata yang tertanam di bawah dasar lautan Pasifik, yang begitu dalam, yang hanya boleh diperoleh bila kita meneroka lautan tersebut. Begitulah ibaratnya aku ingin meneroka permata pengalaman sepanjang 2 minggu peristiwa ini berlangsung…

Jika ada kesempatan dan kelapanagan, akan aku kongsikan sedikit sinaran permata tersebut dengan kalian semua. Mudah-mudahan ia akan membawa manfaat pada kita semua…

* Akan rehat sementara selama 2 minggu bermula hari ini

OMG!!!

Wa ada satu stoli mau kasi tau sama itu lu orang. Tapi janji arr, jangan kasi pecah ini stoli pada orang lain arr. Janji arr…

Itu semalam petang, pukul 3 petang arrr, wa ada kerja woo. Itu kerja arr. sangat masyuk woo. Jadi pelayan atau itu Frank Lampard punya bahasa, server, di hotel 5 bintang di Putrajaya woo. Masyuk woo. 5 star maa. Itu orang arr, yang wa panggil boss, cakap, 1 jam lu keja, kitaorang pay you 5 ringgit. Masyuk woo. 5 ringgit woo. Mana mau cari itu 5 ringgit senang-senang sekarang. Wa dengan semangat pun bertolak ke sana guna wa punya 125Z, rempit laju-laju, pukul 2.45 petang sudah sampai. Senang hati maa. Sampai sana, wa terjumpa itu 5 orang yang wa rasa kenal. Owh. Budak-budak dari KMR. Mau keja situ juga woo. Masyuk woo. Wa sudah ada geng. Bila sudah register nama wa, dia bagi itu baju kena pakai. Masyuk woo itu baju, memang macam 5 star punya pelayan maa. Haha. Memang hensem la. Lepas itu kan, ada briefing pula. Itu boss arr, dia bagi tugas pada setiap orang. Mesti semua ada tugas la maa. Memang sistematik woo. Wa dapat tugas yang itu boss cakap manyak easy. Tugas wa angkat itu beverage dan kasi itu sama pelanggan. Manyak easy woo…

Tapi haa, wa sedih woo. Wa tak tau, itu beverage arr. Bukan sebarang beverage. Itu beverage arr, musuh ketat pada waa punya favorite team woo. 2 kali maa dia bungkus-bungkus baik punya wa punya favourite team dari Champions League. Haiyaa. Manyak sedih woo. Nanti sekali lagi jumpa nanti, wa harap itu beverage kalah. Kasi bungkus pula itu beverage dan kasi pecah itu botol. Haha. Padan muka. Manyak senang hati woo…

Dan. Wa lagi sedih, sebab wa subahat maa. Angkat itu air keras, wa bawa offer orang suruh minum. Haiyaa. Macam mana mau buat. Wa tak tau pun ini tugas sebenar wa, kena bawa musuh wa, jalan-jalan sama itu dulang dan kena offer orang suruh minum . Wa terpaksa buat juga. Sudah check in. Takkan mau cabut lari. Nanti itu boss, cari wa sampai dapat. Manyak takut woo. Wa mula angkut ini musuh ketat, dari pre dinner lagi. Kemudian, bila sudah start itu dinner, wa kena lagi angkut ini musuh celaka jalan-jalan sekali. Haiyaa. Manyak celaka sungguh la. Campur dengan letih dan sakit kaki lagi woo…

Lu orang tahu bila wa habis itu kerja. Pukul 12? Haha. Jauh itu panggang dari api woo. Bukan maa. Wa pun ingat pukul 12 sudah boleh balik, tapi wa silap. Itu boss suruh kitaorang kerja lagi sampai mau tercabut wa punya kaki. Manyak letih woo. Wa angkat kaki pukul 3 pagi maa. Datang pukul 3, balik pun pukul 3. Memang baik hati la itu boss. Kemudian, wa tak terus balik kolej. Wa pergi itu mapley dulu, minum tea tarik. Ini beverage sangat baik hati. Teman baik wa. Kasi hidup wa ceria semula. Nantikan, kalau ada chance, wa ingat mau ini beverage kasi sponsor itu wa punya favorite team. Kasi lawan itu sama beverage celaka. Haha. Nanti wa ingat mau hantar sama itu Roman Abramovich satu gelas tea tarik. Kasi dia try test. Mesti dia suka punya. Mesti dia ketagih punya, sama macam wa. Haha. Kemudian dia mesti panggil wa, cakap wa orang yang baik hati. Kasi tunjuk sama dia beverage yang sangat bagus. Sangat sedap. Kaya woo. Kaya wa nanti. Haha. Ok. Itu stoli tentang Roman Abramovich kasi tinggal dulu. Haaa. Kemudian baru wa balik kolej maa. Sebelum sampai, wa kena duduk lagi itu satu exam woo. Exam dari itu abang guard. 15 minit kena ceramah woo. Manyak insaf arr…

Haiyaa. Sekarang, wa tobat. Tak mau kerja itu hotel 5 star lagi jadi pelayan atau server. Manyak dosa woo. Wa sudah insaf…

Teka-teki #2

Masuk yang ke-2 pula:

Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Ok. Siapa pintar, tolong jawab…

Kau pilih harta atau ilmu???

Persoalan yang menarik dan sering dibincangkan oleh cerdik pandai sama ada di warung kopi, starbucks, mapley sehinggalah di parkview sekalipun. Bukan apa, aku selalu berfikir dan bertanya pada diri aku sendiri, bila kau dah habis belajar nanti, kau akan mula bekerja mencari duit. Kemudian kau akan membina kehidupan kau pula. Jadi, adakah selepas itu kau akan terus melupakan hasrat mencari ilmu….

Selalu kedengaran bunyi bising diluar tentang pengangguran mahasiwa. Tambah bising lagi akan ada pula yang menyindir, “Belajar tinggi-tinggi, tapi tak dapat kerja. Baik tak payah belajar”. Sakit juga bila dengar kan. Yang lebih dasyat, kini semacam sudah trend, remaja-remaja lebih suka memilih jalan mudah untuk menjadi kaya iaitu dengan memasuki program realiti yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan ini. Alasan mereka, mahu hidup senang. Tapi, berapa ramai sangat yang berjaya. Tak ramai pun…

Jadi di sini, aku ingin cuba bangkitkan semula. Ilmu atau harta, mana yang lebih penting. Mana yang lebih utama. Kalau aku tanya budak-budak sekarang, konpem, 120% ramai akan cakap harta lebih penting. Sebab, harta boleh memberi kebahagiaan. Boleh beli macam-macam. Yela, sekarang ni pun, aku tengok, kebahagiaan hidup itu lebih di ukur pakai dengan materialistik. Lagi banyak duit kau, lebih bahagialah hidup. Ok. Berbalik pada persoalan aku yang tadi. Kalau ditanya pada aku soalan begini, aku akan memilih ilmu. Kenapa?

Aku berpegang teguh pada kata-kata Saidina Ali Bin Abu Talib RA.

Ilmu adalah lebih baik daripada harta disebabkan oleh 9 perkara :-

1) Ilmu itu warisan anbia dan harta itu ialah warisan Qarun, Fir’aun dan Syaddad dll.

2) Ilmu itu menjaga kamu dan harta itu kamu yang menjaganya

3) Orang yang memiliki harta akan mempunyai banyak musuh, sedangkan orang yang memiliki ilmu akan mempunyai banyak teman.

4) Harta itu apabila dibelanjakan ianya akan berkurangan, ilmu pula kalau kamu amalkan maka ianya akan bertambah.

5) Pemilik harta biasanya dikenali dengan si bakhil dan hina. Pemilik ilmu akan dihormati dan disegani.

6) Pemilik harta tetap akan dihisab pada Hari Qiamat, sedangkan pemilik ilmu akan memberi syafaat pada Hari Qiamat.

7) Harta itu semakin lama dibiarkan, maka ia akan semakin usang. Ilmu pula tidak sekali-kali akan lapuk dan usang.

8) Harta itu boleh menjadikan hati seseorang itu keras. Sedangkan ilmu itu pula dapat menerangkan hati

9) Pemilik harta dikatakan sebagai pemilik dengan sebab harta. Dan orang yang berilmu pula mengaku dianya hamba Allah SWT.

Jadi, pilihan terletak di tangan kita. Tepuk dada tanya selera…

mari bermimpi…

sudah lama aku tidak bermimpi. sejak dewasa ini, aku semacam sudah hilang kuasa, semacam sudah lupa untuk bermimpi. sejak aku memikul title mahasiswa yang berat ini, mimpi semacam benda asing bagi aku. semacam sudah tidak penting lagi. kini, aku hanya tak habis-habis dengan realiti….

kini baru aku sedar. penting sekali mimpi itu pada manusia. bak kata Arai pada Ikal, “tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati….”. Ya. Kata-kata yang mengasyikkan dan akhirnya berjaya membangkitkan Ikal untuk berubah. Daripada seorang pesimis kepada optimis. Yang akhirnya berjaya menerbangkan mereka berdua ke alma mater Sorbonne. semuanya bermula dari mimpi….

masih aku ingat lagi. ketika aku masih kecil. masih hingusan. masih hijau. aku suka sekali bermimpi yang melangkaui realiti hidup ini. asyik sekali. mengelamun seorang diri. mimpi untuk terbang ke negara bersalji. ke negara yang warna kulitnya lain sekali dengan aku. bahasa, budaya dan agama juga berbeza. semua itu sebahagian daripada mimpi-mimpi aku ketika masih kecil lagi…

namun, kini. setelah meningkat dewasa. mimpi itu telah dilupakan. diabaikan. aku tidak lagi bernafsu untuk bermimipi seperti itu lagi. sudah tiada. kerana bagi aku itu hanya angan-angan mat jenin. mustahil untuk digapai. aku seakan cuba menafikan bahawa tiada yang mustahil di dunia ini. semuanya karut semata…

tapi, setelah selesai membaca novel sang pemimpi, hasil karya andrea hirata. semacam ada elektrik mengalir dalam badan aku. memberi kejutan. bahawasanya, mimpi itu tiada yang mustahil jika kau adalah optimis. hanya yang pesimis saja selalu membenarkan mimpi itu mustahil. memang novel ini luar biasa sekali bagi aku. memang aku akur dengan apa dinyatakan dihadapan. Novel yang membangkitkan semangat. terasa semangat dalam darah aku yang mungkin sudah terlelap itu, kini bangkit membuak-buak. benar. semangat inilah yang diperlukan oleh aku. juga oleh anak-anak muda Malaysia yang sudah pun terlena. yang asyik dengan gejala-gejala hedonisme dan juga lain-lain gejala yang tidak sihat….

aku menyeru pada diri aku. dan juga pada rakan kalian. mari bermimpi. mencari kembali mimpi yang mampu menggelegakkan kembali darah-darah merah muda ini. ayuh, jangan membazir masa lagi…

senang hati…

Selsema masih belum sembuh, batuk juga, mujur tak demam, alhamdulillah…

Syukur juga, peperiksaan telah tamat dengan jayanya, kini hanya tinggal aku untuk bertindak merencanai semula aturan hidup aku dan mencorak kembali gagasan hidup aku…

Oh ya. Aku buka berita harian online tadi dan terbaca tentang isu Penangan blog, memang tengah hangat sekarang ni hal-hal tentang blog, ramai pihak sudah mula membuka mata akhirnya tentang kehebatan penangan blog ni, di dalamnya ada diceritakan tentang sejarah bagaimana blog mula-mula ditubuhkan dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi terkenal seperti hari ni, antara nama yang blogger yang dinyatakan di situ, semuanya aku kenal dan boleh kata adalah pembaca setia laman blog mereka, siapa tak kenal nama-nama bluehikari, tokrimau dan jiwarasa yang turut menyumbang kepada kewujudan blog aku ini, disebabkan mereka aku juga terpengaruh dan akhirnya turut berminat untuk melahirkan blog sendiri yang ku beri nama Tasik Hijau ini, terima kasih pada kalian…

Ok. Kini aku sedang dalam proses untuk mencari kerja ketika waktu cuti 2 bulan ini, nak cari duit tambahan untuk kesenangan sem hadapan, juga tolong doakan agar aku berjaya menukar program sem depan, yang turut menjadi punca aku menerbitkan keluhan jiwa itu…

 

Terima kasih tak terhingga…

Terima kasih…

Itu sahaja mampu aku lakukan…

Kalian yang memberi sokongan,dorongan dan nasihat…

Aku amat hargainya…

keluhan jiwa…

aku???
juwe adalah nama timangan aku.hanya digunapakai di pantai timur sahaja. selain itu,jangan. taboo bagi aku.

aku???
kini sudah bergelar mahasiswa.ya. gelaran mulia yang diberi pada mereka yang berjaya ke menara gading. gelaran yang aku impikan sejak hingusan lagi. namun, gelaran hanya gelaran. yang diberi sebagai tanda tahap kau sudah berubah. meningkat ketahap yang lebih tinggi. tapi,itu semua hanya karut.hanya ceceh. sampah saja.benar. tak berguna jika kau tak berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan gelaran keramat itu. aku berasa malu. sungguh.

aku???
sudah dekat 2 tahun aku berada dalam kegelapan yang aku cipta sendiri. yang kemudian aku sendiri terjun ke dalamnya. yang aku gembira dan seronok tatkala berenang-renang dalam kegelapan itu. tanpa mengetahui ia akan memusnahkan hidup ini. gelap serba-serbi. semuanya aku peroleh di sini. zaman gelap yang telah membutakan aku. buta dari segi metaforanya. buta juga dari segi batinnya.

aku???
masih meraba-raba cahaya yang belum aku temu sehingga kini. cahaya yang pernah menyinari hidup aku suatu ketika dulu. yang tekun menemani aku ke sana sini. kini sudah merajuk meninggalkan aku kerana aku telah mengkhianatinya. sungguh bebal aku ketika itu. aku perlukan kebangkitan. kelahiran semula. baru layak aku bergelar manusia. jika tak, haiwan lebih mulia. seperti eropah dulu kala,mereka bangkit dengan bantuan renaissance. aku juga perlukan bantuan seperti itu. baru cahaya yang aku mau akan kembali semula.

aku???
kekecewaan sering muncul dalam sanubari. kecewa bermacam-macam. dengan diri, hidup dan prinsip. semuanya sudah aku langgar dengan rakusnya. diluar batas norma manusia. kini aku menanggung akibatnya.

aku???
selalu salahkan mereka.  politikus- politikus kotor. yang pentingkan diri sendiri. yang jadikan agama no 2. yang belakangkan agama dari setiap segi, sudut, bucu, perspektif dan pandangan. konon mahu membela. tapi sebenarnya membinasa. yang pisahkan agama dari kehidupan, polititik, ekonomi, hiburan dan dunia. konon kata agama hanya di masjid. tak boleh cemarkan agama dengan kekotoran. yang mereka sendiri ciptakan kekotoran itu. dengan tangan yang diberi oleh pencipta mereka sendiri. pencipta yang sendiri berkata pada kita,manusia tak akan sesat jika tidak membelakangi agama. nah, sekarang rasakan bahana yang kamu semua telah ludahkan. dan kini aku juga sudah terpalit dengan ludah itu. betapa jijiknya diri ini. hanya tahu menyalahkan mereka tanpa kau sedar kau juga sebahagian daripada apa yang mereka lakukan.

aku???
hanyalah satu suara yang kecil,kerdil, halus, mikro dan nano. yang tiada siapa pernah peduli. yang selalu dipinggirkan. katanya di Universitit kau hanya boleh belajar. jangan persoal apa-apa. ikut sahaja yang telah ditetapkan. jangan dipertikai. yang telah aku ikut membabi-buta selama ini.tanpa pemikiran yang waras. walaupun sempit lorong itu, aku lalu juga. walaupun ada lorong yang lebih besar dan luas. “ikut saja” kata mereka.

aku???
kini sudah mengerti. masalah yang menimpa diri ini. yang berlarutan 2 tahun ini. yang menyeksa jiwa batin ini. yang menjadi mimpi ngeri. yang sekian lama dipendamkan dalam diri.

aku???
adalah LOSER. ya. aku tahu kini. aku layak mendapat perkataan 5 huruf itu. sebelum ini, aku sering tak percaya aku adalah sebegini. kerana aku terbawa-bawa kisah kejayaan lampau. yang menjadi kebangganku suatu ketika dulu. kini tidak lagi. tiada apa yang nak dibanggakan. aku terpaksa menelan pahit kenyataan ini. 2 tahun berlalu.dan kini baru aku sedar semua itu. betapa manusia ini mudah lupa diri. ya. akulah manusia itu.

aku???
tidak menyalahkan sesiapa. tiada siapa pun yang layak dipersalahkan. hanya diri aku saja. tiada apa yang boleh aku kesalkan. nasi sudah pun menjadi bubur. 22 tahun hidup aku di dunia ini, inikah yang boleh aku beri. kosong. tiada apa-apa. jika sampah pun.yang busuk,yang jijik, penuh dengan segala kekotoran itu, boleh dikitar semula. tapi aku. apa boleh aku buat. kosong.

aku???
penat.letih. membazir peluh aku turun selama ini. hanya keluhan teman setia. tiada sesiapa yang dapat mambantu aku.jika aku sendiri tak mahu menolong diri aku sendiri. selalu kedengaran ayat-ayat motivasi ini. telinga aku sudah hilang stamina untuk mendengarnya lagi. otak sudah tepu untuk menerimanya lagi.

aku???
hanya menanti?menunggu?siapa yang mahu ditunggu. tiada siapa. tiada siapa. tiada siapa.

aku???
oh tuhan.pencipta alam. yang mengasihani makhluknya. yang kasih pada hambanya. aku kini mengerti. hidup tanpamu, ibarat suatu yang sia-sia. sesungguhnya manusia tidak boleh bernyawa,bernafas tanpa ehsanmu. aku mengerti. kini. kenapa aku dilahirkan.kenapa aku dihidupkan. kenapa aku diberi nyawa sementara ini.

terima kasih.tanpamu,siapalah aku.
Ya Allah Ya Tuhanku.aku sangat-sangat bersyukur padamu kini.

*keluhan ini ditulis dari jiwa penulis sendiri.tiada niat untuk melukakan sesiapa. andainya ada, maaf dipinta.

***ditulis pada waktu hujan renya-renyai dan bunyi lemah guruh petir sambil kilat berkejar-kejaran sabung-menyabung di suatu petang yang hening tatkala azan asar usai dikumandangkan…

Beritahu aku apa rasanya bila ko makan roti canai tanpa kuah…

Aku berasa sedikit bingung pada hari ini.Selesema yang datang mengejut dan mendadak tanpa membenarkan aku bersedia apa-apa untuk berlindung telah menarik nikmat kebahagiaan aku sementara.Kahak yang selalu muncul di kerongkong tak putus-putus menambahkan lagi derita yang aku tanggung…

Aku bingung…

Tadi aku hampir-hampir gagal untuk ke DEWAN BESAR dek hujan lebat yang turun.Bukan aku nak salahkan hujan rahmat ini. Tidak. Ianya kurniaan Tuhan dan kita selaku makhluk yang hina disisinya tak patut menyumpah seranah. Pasti ada sebab mengapa ia turun. Nasib baik, atas kurniaan akal yang diberikan oleh si pencipta hujan ini juga, aku mampu untuk berfikir mencari jalan untuk ke sana dan tidak terlambat menduduki peperiksaan. Terima kasih pencipta ku. Manusia kerdil seperti aku, dan kalian semua patut bersyukur kerana dikurniakan akal yang membuatkan level kita tinggi sedikit berbanding makhluk-makhluk lain seperti aku contohkan satu, makhluk yang tengah hangat di dada akhbar sekarang kerana rumahnya bernilai RM100 juta.Siapa tak marah kalau rumah semahal tu. Belum pernah ada dalam sejarah rumah bernilai ke tahap tu. Aku pun marah. Tapi berbalik pada akal yang diberi ini, cubalah kalian fikirkan sendiri rasionalnya mengapa sampai ia bernilai sebegitu…

Aku bingung…

Roti canai itu, kalau tanpa kuah(dal,kari ikan atau kambing) ibarat Chelsea tanpa Jose Mourinho. Memang kenyang, tapi tak terasa nikmat itu 100%. Macam Chelsea sekarang, suram sepi…

Tak percaya. Pergi Maple sekarang, cuba try test dan bagitau aku kemudian…

Malam ini malam menulis…

Aku mahu menulis lagi…

Sudah gian jari jemariku untuk menaip-naip di keyboard laptop COMPAQ buatan errrr (lupakan dulu) kesayanganku ini…

Malam ini, aku berasa senang, hati jadi tenang, perut pun sudah kenyang dan otak jadi girang…

Baru berasa bertuah kerana dilahirkan di Bolehland ini, semuanya aman, nyaman, damai, makmur, sentosa dan yang penting kau bebas. Bebas untuk melakukan apa sahaja. (Aku kecualikan AUKU buat masa ini). Bebas berblog, makan di Maple dan bermacam-macam lagi…

Aku menarik nafas dalam-dalam sambil cuba menikmati hembusan angin segar dari kipas siling bilikku yang baru kubersihkan 3 hari lepas…

Ahhhhh, kenikamatan yang sementara ini amat menyegarkan, alangkah bagusnya jika ia berkekalan…

……

……

……

Ok.

Itu sahaja yang mahu di kongsi.