Bukan tempat melepak,membuang masa,mencarut tak tentu,melucah tanpa ragu-ragu dan lain-lain yang turut melanggar AUKU. Tapi,tempat berbincang,berdiskusi ilmu,berkongsi isu,berdebat dengan jitu dan seumpama yang di galakkan oleh U.


Archive for March, 2008


kalau dah sebulan tak turun ke padang…

Penat,pancit,letih dan seumpamanya adalah yang aku tgh rasa sekarang…

Tapi aku bangga kerana berjaya menyahut seruan kerajaan Bolehland iaitu amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya 20 minit ,3 kali seminggu(patriotik sungguh aku ni)huhu…

Lebih-lebih lagi dengan tekanan yang semakin besar melanda diri ini ekoran Final Exam tak lama lagi menyebabkan perlu  bagi aku untuk meluahkan tekanan itu dengan saluran yang betul dan salah satu caranya adalah dengan menyepak orang,ops Bola Sepak…

Mungkin juga dengan bersukan akan menyebabkan aku bersemangat untuk belajar.Kata orang “badan cergas,otak cerdas”.Harap-haraplah ianya menjadi pada aku…

Ok.Seruan yang maha penting sudah pun memanggil aku…

*Mawi menang kereta lagi.Hmm,bila la aku akan ada kereta sendiri ya…

Jom kita pakat boikot…

Seperti yang semua dah maklum, filem pendek berjudul FITNA sudah pun disiarkan di internet.Jelas sekali filem arahan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders ini secara jelasnya menghina Islam.Aku sendiri sudah menonton sedikit sedutan filem ini di Youtube dan memang ianya ada unsur-unsur penghinaan terhadap Islam.Contohnya,ditunjukkan peristiwa 9/11(kapal terbang melanggar bangunan Pentagon) diiringi oleh alunan ayat suci Al-Quran sebagai simbolik hendak menunjukkan agama Islam mengunjur umatnya melakukan keganasan.

 

Antara barangan keluaran Belanda yang aku tahu ialah :

1) Dutch Lady(produk tenusu)

2) Shell(stesen minyak,banyak di Malaysia)

3) Phillips(produk elektrik)

4) Unilever(produk penjagaan diri seperti sabun dan shampoo)

(Sebarang pertambahan daripada pembaca kalian amat aku alu-alukan.)

Selain itu,ingin juga aku tahu apakah tindakan daripada pembaca sekalian terhadap isu ini.

*Memang kerajaan Belanda tidak mengambil iktibar daripada apa yang berlaku terhadap kerajaan Denmark(peristiwa karikatur Nabi Muhammad) dimana disebabkan hanya seorang ini,Denmark kerugian sehingga AS$1.5 juta sehari. Jadi,kita lihat kuasa pemboikotan umat Islam seramai 1.3 billion ini terhadap produk keluaran Belanda pula.

teka-teki tamat….

ok…

aku tutup teka-teki sebelum ini kerana sudah ada orang yang berjya menekanya dengan tepat…

Jadi untuk jawapan teka-teki ini,

Apakah persamaan di antara baju kalis peluru,tangga kecemasan, pengelap cermin hadapan dan mesin pencetak laser?

Jawapannya ialah semuanya dicipta oleh si gadis…

Hebat bukan mereka…hehe

Terima kasih pada yang mencuba dan sila cuba lagi ya untuk teka-teki seterusnya…

*Jawapan boleh dirujuk di Kosmo 20 Mac 2008 di muka surat 34…

Dr. Khir Toyo kini menyertai dunia blogosphere…

Kosmo Ahad hari ini ada menyiarkan berita tentang ‘Khir Toyo penulis blog’. Dalam berita itu, Khir Toyo (KT) menyatakan tujuan beliau menjadi penulis blog adalah untuk menyuarakan pandangan beliau terhadap kerajaan baru Selangor supaya permasalahan rakyat diambil kira oleh kerajaan disamping menunaikan janji-janji manifesto ketika Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.(Berita penuh boleh dibaca di www.kosmo.com.my)

Dr. Khir Toyo

Pertama sekali,aku ingin mengucapkan selamat datang kepada Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kedalam dunia blog ini.

Sesungguhnya,aku merasakan ini adalah tindakan yang bijak dan wajar dilakukan oleh orang penting seperti KT.Ini kerana sebelum ini penulis blog sering dipandang serong dan diberi pelbagai label yang tidak menarik oleh kerajaan(terutamanya penulis blog politik).Oleh itu,diharap penglibatan beliau dalam dunia blog ini akan membuatkan kerajaan Malaysia kembali memandang tinggi pada media alternatif ini.

Selain itu,aku juga berharap agar selepas ini,akan ada lebih ramai pemimpin-pemimpin di Malaysia mewujudkan blog masing-masing kerana pada pandangan aku,blog kini bukan sekadar tempat untuk menceritakan hal peribadi atau hal perseorangan sahaja.Ianya kini sudah boleh dianggap sebagai medium alternatif untuk rakyat Malaysia mendapatkan info-info dan berita-berita tentang hal ehwal Malaysia.Ini kerana,aku pasti ramai rakyat Malaysia(termasuk aku)yang sudah muak dengan media utama yang dianggap tidak memainkan peranan mereka dengan betul disamping tidak adil,telus,berat sebelah dan penuh dengan penipuan dalam menyampaikan berita. Tidak percaya.Tontonlah sendiri dan buat penilaian yang waras nanti.

Blog juga sebenarnya boleh dijadikan sebagai medium penghubung di antara rakyat dan pemimpin dimana kedua-duanya boleh berinteraksi secara terus dan aku anggap hal ini adalah sangat ideal dan relevan buat masa sekarang(tak tahu la untuk masa akan datang pula bagaimana kaedahnya nanti) kerana ianya tiada sekatan atau birokrasi.Sebagai contoh,jika kita hendak berjumpa dengan pemimpin atasan,banyak prosedur dan protokol yang perlu dipatuhi sebelum dapat berjumpa dengannya yang bagi aku adalah sangat leceh dan menyusahkan. Penggunaan surat juga sudah tidak berapa relevan lagi kerana proses penghantaran dan penerimaannya mengambil masa yang panjang dan lama.Berbeza dengan blog.Tiada protokol yang diperlukan.Tiada birokrasi yang dikenakan.Proses yang berlaku juga adalah cepat dimana jika pada hari itu,jam itu juga blog ditulis dan di terbitkan,pada masa yang sama juga orang lain dapat terus membaca dan memberi komen dan cadangan.Sangat ideal bukan.

Oleh itu,aku sangat-sangat menyambut kehadiran pemimpin seperti Dr. Khir Toyo ini kedalam dunia penulisan blog dan mengharapkan lebih ramai pemimpin lain akan mengikuti jejak beliau nanti.Mungkin selepas ini,akan ada pula blog milik Perdana Menteri kita dan aku pasti ramai yang menginginkan beliau menulis blog.

*Baru saja melihat blog KT.Terdapat 140 lebih komen terhadap beliau dan ini menguatkan lagi semangat aku untuk turut mendapatkan angka sebanyak itu dalam blog aku nanti.Insyaallah.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2008

Kepada semua pencinta buku,bulan April ini adalah peluang untuk kalian mendapatkan buku-buku terbaru dan tersohor sama ada di Malaysia atau antarabangsa.Semua di jemput hadir.

Tarikh           : 4 – 13 April 2008
Tempat         : Pusat Dagangan Dunia Putra,
Kuala Lumpur (PWTC)

Masa               : 10.00 pagi – 7.00 malam (Isnin – Khamis)
                            10.00 pagi – 9.00 malam (Jumaat – Ahad & cuti am)

Masuk adalah  percuma.

mari berteka-teki…

Sedikit pengenalan,teka-teki ialah soalan yang dikemukakan secara samar-samar dan rumit yang jawapannya harus diduga(meminjam dari Kamus DBP edisi ke-3).

Jadi,untuk teka-teki kali ini ialah :

Apakah persamaan di antara baju kalis peluru,tangga kecemasan, pengelap cermin hadapan dan mesin pencetak laser?

Agak rumit ke?Rasanya tidak kerana jawapannya sudah diberikan dan hanya mereka yang peka dan rajin membaca saja mungkin akan perasan jawapannya.Namun,jika anda merasakan ianya rumit,maka inilah teka-teki(lihat maksudnya semula).

Selamat mencuba ya. : )

hanya 18 hari je lagi masa untuk aku…

jam SWATCH mahal di tanganku menunjukkan pukul 8.21 minit pagi…

aku baru balik dari kolej kawanku dan sakit belakang masih terasa kerana terpaksa tidur di atas simen beralaskan tikar-murah-nipis disebabkan kekurangan katil di biliknya dan dia sendiri tidak mengajak aku tidur bersama di atas katil empuknya kerana atas alasan “aku bukan gay ok”.Memang dasar tak hormat tetamu betul la.Terima kasih kawan!!!Namun,kemarahan aku sedikit reda pada pagi itu kerana tiba-tiba menerima mesej  dari seseorang yang aku betul-betul tak sangka dan rasa girang sedikit terasa.Nanti  akan aku ceritakan siapakah insan tersebut dan sesungguhnya dia adalah orang penting yang turut mewarna-warnikan lagi hidup aku suatu ketika dahulu…

Oh ya.Hanya 18 hari je tinggal sebelum aku menempuhi 1 lagi detik penting dalam sejarah hidup aku selaku mahasiswa IPTA di Malaysia yang masih terikat dengan AUKU(dengar kata,Menteri Pengajian Tinggi,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin nak pinda,cadangan aku baik mansuhkan terus Datuk) iaituFinal Exam atau dalam bahasa patriotiknya ialah peperiksan akhir.Dan,pepriksaan ini juga turut terikat dengan AUKU(tapi yang ini aku terpaksa bersetuju kerana kalau tak,ramai la mahasiswa akan memperoleh 4 flat termasuk aku disebabkan tiada larangan meniru.Hehe).

Pada hari ini,tiada kelas pagi dan hanya sebelah petang saja.Syukur alhamdulillah.Namun,aku tidak boleh leka dan hanyut dibawa arus semasa kerana aku ada perkara penting perlu dilakukan selaku mahasiswa-IPTA-yang-masih-terikat-dengan-AUKU dimana aku mesti menghantar kembali barang yang telah dipinjam ke Kementerian Kesihatan.Set berus dan gigi palsu yang digunakan sewaktu program Oral Health dulu.Kemudian,aku perlu bergegas ke Seri Kembangan untuk berjumpa kakak-tidak-tahu-nama untuk berbincang tentang kerja enumerator atau pembanci yang ada diiklankan di Fakulti aku.

Selain itu,hanya menghitung masa sebelum Final Exam bakal menjelma.Oh,takutnya.Itu sepatutnya yang aku rasa,tapi serius aku tidak rasa takut pun.Tak tahu kenapa.Mungkin sistem di sekolah rendah dan menengah dulu yang terlalu berkiblatkan peperiksaan (periksa pertengahan dan akhir tahun,UPSR,periksa nak masuk tingkatan 1,PMRU,PMR,periksa nak masuk ke MRSM,SPM,di Matrikulasi lagi dan peperiksaan lain yang juga tiada kaitan seperti lesen motor dan kereta)membuatkan aku rasa tak takut lagi.Sistem berorientasikan peperiksaan yang dilaksanakan sekian lama oleh Kementerian Pelajaran (atau Pendidikan sewaktu aku kecik dulu) rupa-rupanya banyak membantu aku ketika di IPTA ini.Aku rasa sudah tidak takut dan ini membuatkan aku berasa takut kerana aku sudah tidak takut dengan peperiksaan akhir tidak lama lagi.Kenapa?Bila sudah tidak ada perasaan takut,maka manusia akan berasa selesa.Tiada cabaran yang dirasa dalam dirinya.Ini membuatkan dia akan menjadi MALAS.Ya,aku semakin malas untuk belajar dan yang pasti kali ini aku tidak boleh salahkan AUKU.Tapi diri aku.Sikap aku.Ya,aku perlu berubah sebelum terlambat.Sesungguhnya,masih ada masa.Masih ada 18 hari lagi.

Kawan-kawan disayangi.Apa saranan anda untuk berubah dalam tempoh yang singkat ini.Sekian.

*Teringat zaman kegemilangan ketika di sekolah menengah dulu.Alangkah indahnya jika aku ada superpower untuk kembali ke waktu dulu seperti dalam drama Inggeris Amerika,HEROES itu.Benci kerana ianya di Amerika,terlalu jauh.Oh Malaysia@Bolehland!!Bilakah akan ada drama superhero supaya aku boleh meminjamnya nanti bila terdesak seperti sekarang ini.

kenapa aku kurang menonton drama MELAYU?

baru sebentar tadi aku lepak di kafe sambil menonton TV yang disediakan abang-kafe-baik-hati sementara menunggu Roti Nan aku siap dimasak oleh abang Pakistan itu…

kebetulan,cerita yang dipaparkan adalah sebuah drama Malaysia (atau aku rasa lebih tepat dipanggil drama Melayu kerana pelakonnya memang semua orang Melayu) di TV3 yang ada kawan aku sebut sebelum ini ceritanya menarik dan kelakar,SINDARELA tajuknya(tak tau la ade kaitan dengan cerita dongeng Cinderella atau tak)…

l_5fbca01c8c9ad6c76af1ad1c750611b9.jpg

aku google nama tajuk ni nak cari ape maksud di sebalik nama yang agak best itu,tak jumpa,aku pergi ke laman DBP dan cuba cari ape maksud nama tu,namun tak juga terjumpa,jadi ada 1 pertanyaan aku disini,ape maksud disebalik nama itu?kerana kalau mengikut bahasa ibunda aku lah,nama tu tak membawa apa-apa erti,maka disini boleh dikatakan sudah melanggar tatatertib bahasa itu,namun jika digunakan untuk nama orang atau untuk kreativiti aku tak pasti pula boleh atau tidak dan aku ingin bertanya lagi,kenapa tidak digunakan saja nama dalam bahasa Melayu itu sendiri kerana bagi aku,nama-nama yang terdapat di dalam bahasa Melayu itu sendiri sebenarnya terkandung banyak nama-nama yang indah dan menarik,kenapa mesti dimelayukan Cinderella menjadi Sindarela(pendapat aku saja)…

Ok.Berbalik pada persoalan asal aku,kenapa aku kurang menonton drama Melayu?Bukan tidak minat, kerana ada juga drama Melayu yang aku tonton seperti drama Kami dan Kerana Cintaku Saerah(minat dengan jalan ceritanya yang segar dan lari daripada jalan cerita drama Melayu lain yang stereotaip dan juga kekuatan pelakonnya).Namun, kerana ada beberapa sebab yang aku ingin katakan adalah pandangan peribadi aku,maaf jika ada yang kurang senang dengan apa yang ingin aku nyatakan…

kami.gif

1167494512_e94dd4a839_o.jpg

Sebab pertamanya adalah masalah bahasa.Kadang-kadang aku tak pasti sama ada drama yang aku tonton itu adalah drama dari Malaysia atau dari Amerika@England.Terlalu banyak bahasa mat saleh yang digunakan di dalam drama itu. (Maaf,orang patriotik seperti aku ini kurang gemar bila bahasa penjajajah mendominasi dalam drama Malaysia).Hairan juga aku,kenapa tak guna bahasa ibunda sepenuhnya dalam drama tu,kenapa mesti ada bahasa mat saleh tu.Bukan lah aku menentang penggunaan bahasa mat saleh tu.Bukan.Aku tau,memang orang Malaysia ni ramai yang pandai berbahasa Inggeris,kadang-kadang lebih handal daripada mat saleh tu sendiri.Dan pemimpin kita sendiri turut menekankan kepentingan menguasai bahasa globalisasi ini.Tapi,janganlah sampai bahasa ibunda sendiri dipinggirkan.Serius, aku memang rasa kurang selesa bila menonton cerita yang dibanjiri dengan penggunaan bahasa mat saleh ini.Kalau lihat drama dari Negara lain seperti negara Jepun atau Korea,aku dapati dalam drama mereka,kurang menggunakan bahasa mat saleh tu sepenuhnya.Kalau ada pun tak banyak dan boleh dibilang dengan jari dan yang pasti,jalan cerita mereka tetap menarik untuk ditonton dan tidak ada cacat cela pun…

Kedua pula,selalunya yang aku perasan,kalau ada konflik dalam drama Melayu ni,mesti akan berakhir dengan pertengkaran di mana sama ada si perempuan akan menjerit marah-marah atau si lelaki yang juga turut menjerit marah-marah dan biasanya akan diakhiri dengan adegan tampar menampar.Ok.Berbalik pada drama Negara lain,aku dapati berbeza pula,tiada adegan seperti disebutkan,sebaliknya masing-masing,si lelaki atau si perempuan tetap mengawal emosi masing-masing dan kelihatan professional ketika melakonkan adegan konflik ini.Tiada meninggi suara.Tiada tampar menampar.Tu yang aku suka dengan drama Negara lain.Berbeza dengan drama Melayu dan ini membuatkan aku hairan kerana ianya seolah-olah sudah menjadi trademark dalam Malaysia ini.Jadi,aku rasa jika drama Melayu juga melakukan gaya professional ini,maka ianya akan kelihatan lebih elok dan seronok untuk ditonton.Kalau tak,aku mesti orang luar yang turut menonton akan merasakan inilah budaya orang Malaysia.Tak elok bukan…

Terakhir sekali,aku rasa teknik kamera.Kalau dipertingkatkan lagi,aku yakin drama Melayu akan menjadi lebih baik.Sebab,kadang-kadang aku tengok,adegan yang sepatutnya suspen,kurang menjadi suspen disebabkan teknik kamera yang tak best.Jadi,cameraman tu perlu belajar lebih banyak tentang teknik kamera yang betul supaya drama Melayu akan nampak lebih hidup dan berwarna-warni…

Ok.Itu sahaja pandangan peribadi aku.Kalau ada yang tidak bersetuju dengan aku,tidak mengapa kerana kita manusia memang dilahirkan berbeza.Mungkin ada yang bersetuju,mungkin ada yang tidak.Apa-apa pun,aku tetap berharap agar kalian pembaca yang baik hati dapat memberikan sebarang maklumbalas untuk entri ini.Sekian.

*Suka dengan watak Abu dan Jibek dalam drama Kami dan Kerana Cintaku Saerah.

Maaf di pohon andainya…

berlaku sebarang kesulitan ketika menyusuri tasik Greenlake ini…

masih dalam proses penambahbaikan dan penaiktarafan supaya tasik ini menjadi lebih indah dan permai untuk kesejahteraan bersama nanti…

sekali lagi,maaf di pohon…

Gambar seperti yang di janjikan…

Ini lah Lutfan yang diperkatakan…

Si Lutfan dari jauh

Close Up…

Close Up Lutfan,abaikan muka separuh sebelah dia tu…

Inilah wajah sebenar yang aku maksudkan itu.Para pembaca budiman sekalian,apa pendapat anda semua?

Setuju atau tidak dengan apa yang pernah aku katakan sebelum ni.